PORTAL RASMI SK FELDA SERI RASAU: Ahad cuti umum di Terengganu


News Item: Ahad cuti umum di Terengganu
(Category: Umum)
Posted by hafizdin
Tuesday 26 April 2011 - 10:45:45


KUALA TERENGGANU 13 Jun - Kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu berikutan kejayaan skuad Penyu menjuarai Piala FA pada Sabtu lepas. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia juga berikutan kejayaan kontinjen Terengganu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XIV.

Ahmad membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis meraikan kemenangan wira-wira Piala FA dan Sukma XIV di Dataran Shahbandar di sini malam ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Datuk Wan Ahmad Wan Muda. Kira-kira 10,000 orang daripada segenap lapisan masyarakat turut memeriahkan majlis sambutan itu.

Pada final Piala FA Sabtu lalu, skuad Terengganu mengalahkan Kelantan 2-1 manakala kontinjen Sukma Terengganu mendahului senarai pungutan pingat dengan 30 emas. "Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada kejayaan skuad bola sepak Terengganu dan kontinjen Sukma negeri, saya isytiharkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu," katanya.

Beliau juga berkata, pengisytiharan cuti umum itu juga sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Terengganu yang menyokong skuad bola sepak dan atlet Sukma negeri sehingga berjaya melakar kejayaan gemilang.


Submitted by hafizdin



This news item is from PORTAL RASMI SK FELDA SERI RASAU
( http://skrasau.com/news.php?extend.9 )